|
|
![]() |
|
Kolej Komuniti Kuching
ialah Kolej Komuniti yang pertama ditubuhkan di Sarawak dan
ia merupakan salah sebuah daripada
10 buah Kolej Komuniti perintis Kementerian Pendidikan Malaysia
yang ditubuhkan pada 1 Jun 2001.
Kampus induknya adalah di Bangunan
SEGO CENTRE, Jalan Sultan Tengah di kawasan
Parlimen P.168 Petra Jaya dan
jaraknya 10 km dari pusat Bandaraya Kuching.
Kolej ini mula beroperasi di Sekolah
Menengah Teknik Sejingkat, Kuching,
salah sebuah sekolah menengah teknik yang canggih di
Malaysia, dengan lapan orang staf perintis.
Sejumlah 26 orang pelajar telah berdaftar sebagai kumpulan
pertama untuk mengikuti
Kursus Sijil Automotif dan Kursus Sijil Rekaan Fesyen
dan Membuat Pakaian pada 12 Jun 2001.
Pada bulan Disember 2001, bilangan pelajar telah bertambah
kepada 74 orang.
Kolej ini dijangka akan berpindah ke kampus induknya
pada pertengahan tahun 2002.
Kolej Komuniti Kuching berhasrat untuk menjadi sebuah “Institution of Choice”:To provide state-of-the-art equipment and facilities
To offer adaptive training programmes and marketable courses
To be a caring institution with easy accessibility for the communities
Sepenuh masa - 2 tahun
Kursus Automotif:
Kursus
ini meliputi kerja amali menservis dan membaiki motosikal/motokar.
Kursus Rekaan Fesyen Dan Pakaian:
Kursus
ini merupakan satu kursus kemahiran untuk mereka fesyen dan menghasilkan
pakaian.
Kursus Pelukis Pelan Senibina
Kursus
ini merupakan satu kursus kemahiran di dalam menyediakan lukisan pelan
senibina.
Kursus Peringkat Sijil
Empat Semester (1 tahun - 2 semester) Semester 3 - Latihan Industri
Pelajar menjalani latihan industri berkaitan dengan bidang kursus di syarikat-syarikat tempatan
Kursus-kursus Jangka Pendek
Kursus-kursus
jangka pendek yang dirancangkan adalah bersesuaian dengan keperluan tempatan.
Kursus-kursus yang dicadangkan
ialah CISCO/ICT ("Information Communication Technology"),
Penyelenggaraan dan Baikpulih
Komputer, Teknologi Percetakan/Grafik, Videografi, Pengurusan
Pejabat, Keusahawanan, Rekaan Fesyen & Membuat Pakaian, CAD, Asas Servis
Motorsikal,
Hospitaliti, Masakan, Pastri
dan Kek.
|
For your comments, questions and suggestions, please
write to us at
|